Wednesday, 9 September 2015

Details homestay



Anda mencari tempat menginap di Perak??

Anda ingin bermalam bersama keluarga atau rakan-rakan di Perak Tengah??

Anda hendak melawat anak-anak dan saudara mara serta sahabat handal di sekitar Ipoh dan Lumut??

Tercari-cari penginapan yang selesa dan bersih di sebelah UiTM Seri Iskandar dan berhampiran UTP??

Hendak sewa hotel tetapi tidak berbaloi dengan budget anda?? 


KAMI ADA PENYELESAIANNYA.............


Sesuai bagi mereka yang ingin menginap sehingga 10-15 orang maksimum
Sangat berdekatan dengan UiTM Seri Iskandar
Kadar sewa yang berpatutan dan berbaloi-baloi

Keterangan rumah;
1) Hanya RM200.00/malam.

2) Rumah Semi-D 1 tingkat yang luas. 3 bilik tidur dan 2 tandas.Bilik berhawa dingin bagi bilik utama dan bilik ke 2.
 
3) Bilik utama:- Katil kelamin, Bilik ke 2:- Katil kelamin, Bilik ke 3:- Katil double decker (bawah katil size kelamin, atas katil size single) 




4) Sangat bersih, kemas dan selesa.



5) Persekitaran rumah yang selamat dan tenang.

6) Dilengkapi dengan bantal, selimut, tuala, sejadah, telekung dan toto disediakan. Sentiasa ditukar / dibasuh bagi setiap tetamu.

7) Dilengkapi dengan mesin basuh,peti ais, meja makan, sofa, televisyen, seterika, dapur, periuk nasi, cerek air elektrik, kelengkapan memasak dan set pinggan mangkuk juga disediakan.



Lokasi yang strategik dan mempunyai pelbagai kemudahan berhampiran;
-Bersebelahan laluan highway Ipoh-Lumut
-5 minit ke UiTM Seri Iskandar (Hanya 2.7km)
-7 minit ke Bandar Seri Iskandar (Hanya 3.8km)
-6 minit ke Kolej Profesional Mara Seri Iskandar(Hanya 3.7km)
-6 minit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) (Hanya 4.5km)
-8 minit ke Universiti Teknologi Petronas (Hanya 5.5km)
-19 minit ke Pekan Batu Gajah (Hanya 20km)
-21 minit ke MRSM Parit (Hanya 19km)
-30 minit ke Pekan Kampong Gajah (Hanya 35km)
-36 minit ke MRSM Pasir Salak (Hanya 42km)
-40 minit ke Bandar Ipoh (Hanya 39km)
-45 minit ke Lumut (Hanya 48km)

Kemudahan yang terdapat disekitar homestay;
-Hypermarket Tesco Extra
-Supermarket Billion
-7 Eleven
-Restaurant makanan segera (McDonald, KFC & Pizza Hut)
-Kedai makanan masakan thai, melayu, mamak dll (walking distance)
-Klinik 1 Malaysia

Check in: 2.00 petang
Check out: 12.00 tengahari (Boleh dirunding)

Kami juga menerima sewaan jangka panjang (untuk tempoh melebihi  1  minggu) jika tidak bertembung dengan tempahan sedia ada.Harga boleh dirunding bagi tempoh jangka panjang.

Deposit RM100.00 diperlukan (tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan 2 hari sebelum tarikh kemasukan)

Alamat:
No 5, Jalan IB13,
Taman Iskandar Bistari,
32610 Seri Iskandar,
Perak

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi no yang tertera di bawah
1) Hj Mohamed Anuar: 012-5853343
2) Hjh Hamidah: 012-542 9470

Latar belakang pemilik

Nama: Hj Mohamed Anuar Bin Abdullah
Umur: 65 tahun
Pekerjaan: Pesara kerajaan
Status: Berkahwin
No telefon: 012-5853343 / 012-5429470



Beliau mengusahakan homestay ini sejak tahun 2012 bersama isteri Hjh Hamidah.  Kemudahan dan kelengkapan homestay ini sentiasa dinaik taraf dari semasa-semasa bagi memenuhi permintaan serta kehendak pengunjung. Homestay yang berdekatan dengan kediaman beliau memudahkan beliau menyelia dan membantu pengunjung ketika diperlukan.

Beliau mempunyai sifat peramah serta rajin membantu dan sentiasa menjaga kebersihan. Di tambah dengan sifat beliau yang sentiasa mengalukan tetamu menyebabkan pengunjung sentiasa berasa senang dan kerap datang berkunjung ke homestay ini. Homestay ini juga mempunyai "regular customer" nya sendiri terutama dari kalangan ibu bapa pelajar UiTM Seri Iskandar.

Alamat Homestay:


No 5, Jalan IB13,
Taman Iskandar Bistari,
32610 Seri Iskandar,
Perak